Bekerja Biarlah Berkat

Hari ni masuklah hari ke-5 aku bekerja di tempat baru. Baru tak baru pun, sebelah je dengan tempat kerja lama. Namun masalah yang lebih kurang sama dengan tempat kerja lama berulang juga di tempat baru. Sepatutnya ada orang menggantikan aku rehat untuk Solat Jumaat tepat jam 12.30 tengahari. Tapi pukul 1.00 petang pulak dia masuk.

Ingatkan dah tak masuk langsung dah tadi. Tapi aku nekad, kalau pukul 1.00 pun dia tak masuk, akan aku tutup kedai untuk gi Solat Jumaat. Kerja-kerja jugak, tapi Solat jangan tinggal. Itu pesan mak aku. Mak korang pun pesan gitu jugak kan. Heh..

Aku rasa sangat penat kerja kat tempat baru ni. Tapi aku puas, sebab kebolehan aku dihargai. Kerja aku tak dikacau, dan yang pentingnya, gaji masuk tepat pada waktunya. Dan satu lagi, di sini aku tak diajar menipu dengan pelanggan. Berniaga dengan jujur. Apa yang boleh kita buat, kita bagitau boleh. Begitulah sebaliknya.

Kalau aku kerja dengan menipu jer, dan bersubahat dengan penipuan orang lain, mana nak berkatnya. Hidup pun sentiasa dirundung gelisah.