Awas pemutarbelit "Jimadie Othman" - Malaysiakini

Malaysiakini dilihat cuba memutarbelitkan kenyataan daripada setiausaha perhubungan PAS Wilayah Persekutuan, Hedzer Ibrahim. Melalui wartawan Malaysiakini , Jimadie Othman cuba mengandaikan kononnya PAS Wilayah Persekutan menolak kepimpinan Dato Seri Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang.

Hari ini Hedzer telah mengeluarkan kenyataan balas bahawa Malaysiakini cuba memutarbelitkan kenyataan beliau tersebut.

Walaubagaimanapun Jimadie sekali lagi memutarbelitkan kenyataan itu kononnya sudah menjadi 'tradisi PAS' Wilayah menolak Ust Abd Hadi. Soalnya mengapa tidak disiarkan kenyataan penuh Hedzer malah cuba memutarbelit pulak kenyataan tersebut. Setidak-tidaknya sediakan link untuk pembaca mengetahui kenyataan yang sebenar.

Oleh yang demikian kredibiliti Malaysiakini sebagai media yang benar dan telus sangat kita ragui kebenarannya. Terlalu banyak berita yang bersifat menghasut. Adalah diharap pembaca Malaysiakini tidak mempercayai berita yang dikeluarkan dilaman web berkenaan tanpa usul periksa.

Sumber-sumber berita yang diambil, terutamanya oleh penulis Jimadie Othman juga biasanya tidak jelas.

Para pemimpin-pemimpin PAS disemua peringkat juga diharap berhati-hati memberi apa-apa kenyataan terbuka kepada Malaysiakini terutamanya kepada wartawan bernama Jimadie ini, kerana beliau merupakan seorang pemutar belit.

Kenyataan-kenyataan beliau sebelum ini pun dilihat bersifat provokasi dan cuba memecahbelahkan PAS.

Kita juga sangsi kemungkinan Jimadie ni memang di utuskan oleh UMNO untuk memburuk-burukkan pengamal media internet.

Adalah diharapkan juga supaya pengamal media internet terus memaparkan berita secara telus dan sahih supaya menjadi alternatif yang baik kepada berita-berita di TV dan akhbar-akhbar.

Berikut merupakan kenyataan penuh Setiausaha Perhubungan PAS Wilayah En Hedzer Ibrahim Ibrahim

Saya selaku Setiausaha Badan Perhubungan Pas Wilayah Persekutuan kecewa dengan tindakan wartawan Malaysiakini, Jimadie Shah Othman dalam artikelnya yang bertajuk “PAS Wilayah tolak Hadi?” yang mana beberapa kenyataan saya turut digunakan disitu dan dimanipulasikan dengan niat yang subjudis terhadap proses pemilihan kepimpinan parti peringkat Wilayah Persekutuan.

Adalah dengan ini saya meminta agar pihak Malaysiakini tidak membuat spekulasi melampau terhadap keputusan mesyuarat agung peringkat kawasan di Wilayah Persekutuan.

Perwakilan dan Pimpinan Baru Kawasan Buat Keputusan

Saya tidak menafikan bahawa sehingga kini sebanyak 9 kawasan telah mengadakan mesyuarat agung. Mengikut tradisinya, kebiasaanya Perwakilan mesyuarat agung kawasan akan menyerahkan mandat bagi membuat pencalonan untuk Jawatan Peringkat Pas Pusat kepada kepimpinan Pas Kawasan yang baru dilantik.

Walaubagaimana pun, Pas Titiwangsa telah memecahkan tradisi ini bila mana ada perwakilan mahu beberapa jawatan peringkat tertinggi parti dicadangkan untuk dipilih dalam mesyuarat Agung termasuklah bagi jawatan Presiden.

Kedua-dua tindakan perwakilan ini tidak bercanggah dengan perlembagaan dimana perwakilan boleh mengunakan kuasa mereka untuk menentukan calon dalam mesyuarat agung atau sebulat suara memberikan mandat kepada Kepimpinan yang baru.

Andaian bahawa ke semua kawasan ‘keberatan’ untuk menamakan calon bagi jawatan Presiden adalah tidak benar dan berniat jahat. Hakikatnya saya menegaskan bahawa pencalonan bagi jawatan berkenaan sedang diteliti oleh kawasan dan itu adalah tanggungjawab mereka untuk menamakan siapa pemimpin yang mereka suka. Tidak timbul isu menolak kepimpinan presiden sekarang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang seperti yang digembar-gemburkan oleh Malaysiakini.

Dimaklumkan juga bahawa semua pencalonan dari kawasan diserahkan terus kepada Jawatankuasa Pemilihan diperingkat Pas Pusat tanpa perlu melalui Badan Perhubungan Pas Wilayah Persekutuan dan saya sebagai Setiausaha Badan Perhubungan hanya menyelaraskan jadual mesyuarat Agung kawasan-kawasan sahaja.

Media jangan siarkan kenyataan yang tidak sahih

Seterusnya saya ingin merujuk kepada perenggan berikut;

“Mengenai hasrat PAS Bukit Bintang mencalonkan Nik Aziz bagi jawatan presiden, seorang pemimpinnya berkata, pihak mahu menjadi “pencetus” kerana terdapat banyak lagi kawasan yang mempunyai hasrat yang sama, tetapi masih “berdiam diri”.”

Saya melihat bahawa ini adalah satu lagi tindakan tidak bertanggungjawab pihak media untuk mempengaruhi dan menganggu perjalanan mesyuarat agung di Wilayah Persekutuan. Berdasarkan etika dan tanggungjawab pengamal media, Malaysiakini tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan atau pandangan yang subjudis tanpa menyatakan siapakah yang mengeluarkan pandangan itu.

Dengan menggunakan pengenalan diri seperti ’seorang pemimpinnya’, ’sumber dalaman’, ‘pimpinan utama’ dan sebagainya tanpa menyatakan nama orang yang bertanggungjawab disebalik gembar gembur politik itu, saya melihat ianya hanyalah sekadar satu andaian dan propaganda media yang tidak beretika.

Seharusnya kenyataan sedemikian tidak disiarkan kerana ianya bukanlah maklumat sahih dan boleh mendorong tanggapan negatif terhadap Pas Wilayah Persekutuan sekaligus menganggu perjalanan Mesyuarat Agung diperingkat Kawasan dan Dewan-dewan yang lain.

Malaysiakini kena tarik balik, hormati Mursyidul Am Pas

Saya menegaskan bahawa saya menolak artikel “PAS Wilayah tolak Hadi?” yang disiarkan oleh Malaysiakini dan meminta agar ianya ditarik balik kerana terlalu banyak manipulasi dan fakta-fakta yang tidak sahih digunakan dalam artikel berkenaan.

Saya juga ingin memperingatkan kepada semua pihak agar menghormati kenyataan Mursyidul Am PAS, Datuk Seri Nik Aziz Nik Mat berhubung isu pro-muzakarah dengan pro-Pakatan (atau “kumpulan Erdogan”). Diharapkan isu ini tidak dibangkitkan lagi sesuai dengan penegasan Mursyidul Am bahawa tidak wujud kumpulan-kumpulan seperti yang digemburkan media.

Itu hanyalah persepsi sesetengah pihak yang bukan dilaungkan oleh majoriti ahli dan pimpinan. Perbezaan pendapat adalah lumrah dalam Pas, begitu juga parti-parti politik lain.

Wujudnya kumpulan pro-muzakarah dan pro-Pakatan (atau “kumpulan Erdogan”) hanyalah persepsi terpencil yang diperbesarkan media dan sebenarnya ia tidak wujud seperti yang dinyatakan oleh Mursyidul Am, yang ada hanyalah ahli Pas dan penyokong Pas sahaja.

Diharapkan agar pihak media, terutamanya Malaysiakini berhati-hati dan bertanggungjawab dalam membuat penulisan agar tidak mencetuskan spekulasi atau gossip semata-mata untuk menaikkan rating pembaca mereka. Saya juga tidak teragak-agak untuk mengambil tindakkan undang-undang jika terdapat kenyataan saya yang dimanipulasi oleh media sehingga menyebabkan ahli-ahli Pas Wilayah Persekutuan sangsi akan kredibiliti saya sebagai salah seorang pimpinan yang diberi amanah.

Hedzer Ibrahim
Setiausaha
Badan Perhubungan Pas Wilayah Persekutuan


dipetik tanpa kebenaran dari
http://rusli-islam.blogspot.com/2009/04/awas-pemutarbelit-jimadie-othman.html

Zambry dan enam Adun BN tidak boleh hadiri sidang Dun Perak

Saya sedar ramai yang ingin tahu kesan keputusan Mahkamah Persekutuan pada 16 April lalu yang memutuskan bahawa keputusan V.Sivakumar, Speaker Perak menggantung dan melarang Zambry dan enam Exconya hadir di Dun Perak selama 18 bulan dan 12 bulan adalah terbatal dan tak sah.

Ramai yang bertanya saya adakah keputusan tersebut bermakna Zambry dan enam exconya kini boleh menghadiri sidang Dun Perak?

Jika kita melihat kenyataan peguam Umno dan laporan akhbar pro-Umno seperti Utusan Malaysia (17.4.2009) mereka dengan tidak bertanggungjawab menyatakan bahawa Zambry dan enam exconya kini dibenarkan menghadiri sidang Dun Perak yang mungkin akan diadakan dalam masa terdekat.

Sebagai salah seorang peguam yang terlibat dalam kes tersebut, saya menasihati rakyat agar tidak terkeliru dengan kenyataan peguam Umno dan laporan akhbar Umno tersebut. Banyak yang mereka sembunyikan dan tidak jelaskan tentang apa yang sebenarnya berlaku di Mahkamah Persekutuan pada tarikh tersebut.

Marilah kita mulakan dengan melihat apakah perintah-perintah yang dipohon oleh Zambry dan enam exconya di dalam saman yang mereka kemukakan ke atas Sivakumar di Mahkamah Tinggi dan kemudiannya didengar di Mahkamah Persekutuan.

Sebenarnya Zambry telah memohon sepuluh (10) perintah Mahkamah dan dari sepuluh perintah tersebut Mahkamah hanya membenarkan dua (2) perintah sahaja. Dua perintah yang dibenarkan oleh Mahkamah adalah seperti berikut:

Pertama, perintah membatalkan keputusan V. Sivakumar yang menggantung dan melarang Zambry hadir di Dun Perak selama 18 bulan.

Kedua, perintah membatalkan keputusan V. Sivakumar yang menggantung dan melarang enam exco Zambry untuk hadir di Dun Perak selama 12 bulan adalah terbatal dan tak sah.

lapan permohonan Zambry tidak dilulus Mahkamah

Itu sahaja dua perintah yang Mahkamah Persekutuan benarkan pada 16 April lalu. Tidak lebih dari itu. Apa sahaja kenyataan dari peguam Umno selain dari dua perintah tersebut bukanlah perintah Mahkamah sebaliknya adalah kenyataan mereka yang tidak berasas.

Memandangkan Mahkamah Persekutuan hanya membenarkan dua perintah di atas, adalah jelas Mahkamah tidak membenarkan lapan (8) perintah lain yang juga dipohon oleh Umno dan dihujahkan oleh para peguam Zambry dan pasukan peguam Sivakumar.

Apakah perintah-perintah yang dipohon oleh Zambry dan enam exconya tetapi tidak dibenarkan oleh Mahkamah Persekutuan? Mari sama-sama kita saksikan lapan perintah yang TIDAK DIBENARKAN tersebut.

Meskipun peguam Umno berhempas pulas dan bermati-matian berhujah, Mahkamah Persekutuan TIDAK MEMBENARKAN perintah-perintah berikut:

1. Perintah untuk Mahkamah mengisytiharkan bahawa keputusan Sivakumar (defendan pertama di dalam kes tersebut) menggantung dan melarang Plaintif Pertama (Zambry) menghadiri pada sidang Dun selama 18 bulan adalah ultra vires (bertentangan) dengan Undang-Undang Tubuh Negeri Perak, Perintah-Perintah Tetap Dewan Perhimpunan Undang Negeri Perak (standing orders) dan Enakmen Dewan Perhimpunan Undangan (Keistimewaan) 1959 dan/atau undang-undang yang berkaitan dan oleh itu adalah terbatal dan tak sah.

2. Perintah untuk Mahkamah mengisytiharkan bahawa perbuatan Sivakumar menggantung dan melarang Zambry menghadiri sidang DUN selama 18 bulan adalah menyalahi undang-undang.

3. Perintah untuk Mahkamah mengisytiharkan bahawa keputusan Sivakumar menggantung dan melarang Plaintif ke-2 hingga Plaintif ke-7 (enam Exco) menghadiri sidang Dun selama 12 bulan adalah ultra vires (bertentangan) dengan Undang-Undang Tubuh Negeri Perak, Perintah-Perintah Tetap Dewan Perhimpunan Undang Negeri Perak (standing orders) dan Enakmen Dewan Perhimpunan Undangan (Keistimewaan) 1959 dan/atau undang-undang yang berkaitan dan oleh itu adalah terbatal dan tak sah.

4. Perintah untuk Mahkamah mengisytiharkan bahawa perbuatan Sivakumar menggantung dan melarang enam Exco menghadiri sidang Dun selama 12 bulan adalah menyalahi undang-undang.

5. Perintah untuk Mahkamah mengisytiharkan bahawa Zambry dan enam Exconya adalah berhak menghadiri dan mengambil bahagian dalam semua sidang Dun dan menjalankan segala fungsi dan kewajipan mereka di dalamnya.

6. Perintah untuk Mahkamah mengisytiharkan bahawa Dun Perak adalah tidak terikat dengan keputusan Sivakumar menggantung dan melarang Zambry dan enam Exconya menghadiri sidang Dun Perak.

7. Perintah untuk mengisytiharkan bahawa Dun Perak adalah tidak terikat dengan apa-apa arahan, perintah dan/atau petunjuk Sivakumar yang berbangkit daripada atau berhubung dengan keputusan Sivakumar yang bertarikh 18.2.2009.

8. Perintah-perintah, perisytiharan dan/atau relif lain yang difikir suaimanfaat oleh Mahkamah.

Sekali lagi saya ingin tegaskan di sini bahawa lapan perintah di atas yang Zambry dan enam exconya pohon TIDAK DIBENARKAN oleh Mahkamah Persekutuan.

Atas dasar itu jika peguam Umno atau akhbar pro-Umno mengatakan bahawa Zambry dan enam exconya boleh menghadiri sidang Dun Perak, jelas kenyataan itu bukan datang dari mana-mana perintah Mahkamah sebaliknya ianya hanya kenyataan tidak berasas dari peguam Umno dan akhbar mereka.

Kenyataan tersebut tidak mempunyai apa-apa nilai di sisi undang-undang. Rakyat tidak perlu melayan kata-kata mereka yang dibuai khayalan tersebut.

Bagaimanakah Umno boleh mengatakan keputusan tersebut bermakna Zambry dan enam Exconya boleh menghadiri sidang Dun Perak sedangkan Mahkamah dengan secara jelas tidak membenarkan perintah yang mereka pohon iaitu perintah bahawa Zambry dan enam exconya adalah berhak menghadiri dan mengambil bahagian dalam semua sidang Dun dan menjalankan segala fungsi dan kewajipan mereka dalamnya.

Kalau perintah tersebut dibenarkan oleh Mahkamah Persekutuan barulah mereka boleh mengatakan Zambry dan enam exconya boleh ke sidang Dun Perak.

Saya harap penjelasan di atas sedikit sebanyak dapat menjelaskan bahawa apa yang Umno kata di media massa adalah tidak menggambarkan apa yang sebenarnya berlaku.

Sivakumar masih Speaker dan beliau masih berbisa. Jika Umno terus mengeluarkan kenyataan mengelirukan tidak mustahil mereka mungkin akan dipatuk oleh Sivakumar dan saya percaya patukan selepas ini akan membuat Umno menderita lebih panjang.

Saya juga ingin tegaskan di sini apabila Zambry dan enam exconya membawa kes mereka di Mahkamah dengan mencabar keputusan Sivakumar sebagai Speaker yang sah, mereka mungkin tidak sedar bahawa mereka sedang melakukan satu kesalahan kerana mendedahkan dokumen-dokumen rasmi Dun Perak tanpa mendapat kebenaran terlebih dahulu dari Sivakumar sebagai Speaker.

Marilah kita sama-sama tunggu dan lihat apakah yang berlaku selepas ini.

Nota: Penulis ialah Pengerusi Lajnah Undang-undang dan hak Asasi Manusia PAS Pusat.- tajdid_

Akhirnya Linux Juga

Setelah sekian lama aku jadi technician, bermain dengan Windows original mahupun pirate, kini laptop kesayangan aku telahpun diinstall dengan Ubuntu 8.10 Intrepid Ibex. Sekarang aku masih menggunakan dual-boot bersama Windows Vista pirated version kerana masih dalam proses membiasakan diri. Agak-agak dah ok nanti barulah aku buang Windows ni.

Kepada kawan-kawan di luar sana yang suka pakai software pirate macam Windows yang korang beli cdnya RM5 tu, bawak-bawaklah bertukar ke free and open source software macam aku ni.

Gambar di atas tu adalah screenshot pertama aku masa mula-mula guna Ubuntu ni dulu. Terpaksa guna theme XP sebab tak biasa lagi. Sekarang aku dah guna theme Ubuntu sepenuhnya. Rasa best pulak.

Sebab dah lama tak update blog ni, terimalah entri update pertama dari aku. Yosh...

Bila Nak Jual Mahal?

Ok, merujuk kepada tajuk di atas saya menyenaraikan beberapa keadaan yang boleh dipanggil 'jual mahal' :
1) Bila seorang gadis di'lamar' oleh ramai jejaka pada satu masa. Katakanlah 3 atau 4 orang. Jadi dia bebas memilih siapa yang dia nak dan siapa yang dia nak reject.
2) Bila bekalan ikan masin yang ada di pasaran berkurangan dan para peminat ikan masin jadi macam tak boleh hidup tanpa ikan masin. Maka penjual boleh jual ikan masin tu dengan harga yang tinggi tanpa risaukan permintaan.
3) Bila kebanyakan kedai fotostat dan printing tutup pada hari Ahad dan budak-budak yang buat kerja last-last minute berhadapan 'deadline' pada keesokan harinya. Mahu tak mahu mereka terpaksa cari jugak kedai yang bukak walaupun berhadapan dengan harga yang lebih tinggi berbanding hari-hari biasa.

Keadaan di atas memberikan satu persamaan kepada kita macam mana situasi 'jual mahal' boleh wujud. Iaitu bila permintaan melebihi pengeluaran, maka akan wujudlah rasa 'cambest' dan 'cambagus ' je dalam diri mereka.

Lantaklah mereka dengan perasaan mereka itu. Masalahnya rasa 'jual mahal' ni selalunya boleh wujud pada makhluk yang bernama manusia ni dengan Tuhan mereka. Dengan Tuhan pun jual mahal. Sembahyang pun buat sekadar lepas syarat je. Puasa nak taknak. Berjuang di agama Allah? Depa bagi can orang lain mati syahid dulu. (Aku kah itu?)

Ingat aku pada satu persoalan yang ditimbulkan oleh Ustaz Kamal Ashaari dulu yang bunyinya lebih kurang begini.

Kita dengan Islam, siapa yang nak kepada siapa. Kalau kita rasa kita yang nakkan Islam, maka kita akan berusaha bersungguh-sungguh untuk Islam. Sebaliknya kalau kita rasa Islam yang nakkan kita maka macam-macam alasanlah akan kita bagi untuk kerja-kerja Islam.


Sama-sama kita renungkan. Hmmm...

Update Semula

Dah lama aku tak update blog ni, semenjak aku mula bermesra dengan blog Wordpress di domain aku sendiri. Sedar tak sedar PR blog ni pun dah jatuh. Mulanya aku ingat nak delete je blog ni daripada menyemak je kat internet.

Tapi blog ni banyak jasanya pada aku. Di sinilah aku belajar erti blogging, cari duit sikit-sikit dengan internet, dan mengasah skil penulisan menggunakan keyboard komputer.

Jadi aku kembali dengan harapan dapat menyumbang sesuatu kepada masyarakat melalui blog ni dengan tulisan-tulisan yang lebih bermanfaat. Mana-mana post terdahulu yang aku rasa agak merapu tu aku delete je lah.

Adios..

Forum Perdana Pun Jadi Bahan Kempen BN

Masa-masa lapang takde customer malam ni sempat jugak la aku jenguk-jenguk TV kat kedai makan sebelah. Rupanya ada Rancangan Forum Perdana Ehwal Islam dengan tajuk "Kata Dikota" (kalau aku tak silap la). Panelis yang aku ingat adalah Haji Idris Harun dari MBM (Majlis Belia Malaysia) dengan seorang ustazah dari UKM. Entah apa relevennya panggil mamat tu.

Aku pasti, sesiapa saja yang menonton pasti akan rasa meluat dengan Haji Idris tu. Soalan pengerusi forum agak umum (walaupun berbaur politik), namun contoh jawapan yang mamat tu bagi memang jelas untuk kempen pilihan raya. Apa relevannya bagi contoh "Kalau awak undi saya, awak masuk syurga"?. Kenapa mesti perkataan 'undi' yang disebut? Lepas tu bagi contoh demonstrasi jalanan, harga minyak naik pastu orang wat demonstrasi, pemimpin kita rilek jer. Ekspresi mukanya semasa bercakap cukup-cukup menyampah.

Yang ustazah sorang ni pulak dok asyik sebut kena beza antara janji dengan perancangan. Maksudnya kalau ada janji dalam manifesto BN dulu yang tak terlaksana, maka jangan salahkan BN sebab tak tunaikan. Pandai ko manipulasi ayat yer.

Sebelum tutup majlis, pengerusi forum ada kata kesemua panelis ada tokoh untuk jadi calon. Dah terang lagi bersuluh yang ko tu kempen untuk BN.

Oh ya, pasal tu kot aku dah malas nak tengok Forum Perdana.

Siti Pakai Tudung, Tapi...

Dah banyak blog post yang aku baca pasal siti bertudung ni. Cuma pagi ni baru aku tergerak hati nak komen pasal 'hijrah' yang siti buat ni. Sebab, lima enam kali aku tengok gambar siti ni, jiwa aku jadi kacau. Bukan sebab dia kawin dengan Datuk K Mohd Jiwa, tapi tudung dia tu..

Tengok gambar kat atas ni. Ok je, ayu kan. Masa ni dia belum kawin lagi. Belum gi haji lagi pun. Kot-kot la pas naik haji dia nak pakai tudung labuh ke, purdah ke (takde pun yang suh sampai camtu kan. Macam kat gambar atas ni pun ok).

Tapi masalahnya pas naik haji, pakai cam perwakilan Wanita UMNO je. Tudung yang cantik kat pasar malam pun berlambak. Tak payah sampai suruh Datuk Bernard Chandran 'design'kan. Dia bukannya tau pun hukum-hakam. Lagi satu, tak cantik pun tudung tu.,