Sudah hampir 2 bulan blog saya ini tidak berisi dengan sebarang artikel. Oleh kerana kesibukan yang amat sangat sehingga saya tidak mempunyai ruang dan kesempatan untuk saya menulis dengan baik. Mungkin juga kerana dengan blog ini tidak memberi apa-apa 'pulangan' kepada saya sebagaimana blog-blog saya yang menjana menjana sedikit pendapatan dengan Google AdSense.
SWISSCASH, ABBFUND, EAINDEX, DAN WINLIFUND
Oleh kerana tugasan harian saya di Cyber Cafe menemukan saya dengan pelbagai ragam manusia, sedikit sebanyak saya dapat mengetahui fenomena semasa berkaitan dengan skim pelaburan High Yield Investment Program (HYIP) yang dijalankan atas pelbagai nama. Program-program sebegini telah saya ketahui lebih awal berbanding kewujudan Swisscash dan yang seumpamanya. Program HYIP agak lambat popular di Malaysia.
Oleh kerana Ustaz Zaharuddin Abdul Rahman telah menulis artikel yang bertajuk "ABB Fund, Eaindex & Winlifund Yang Diminati : Haram Lagikah ?", maka memaksa saya untuk meneliti secara terperinci tulisan beliau dan akhirnya saya merasakan satu tanggungjawab untuk menyebarkan tulisan tersebut dalam bentuk bercetak dan digital. Terutamanya selepas saya melihat satu bentuk 'kegilaan' yang menimpa beberapa pengunjung cybercafe yang mungkin baru sahaja mengenal IT dan internet selepas diperkenalkan dengan 'skim' ini.
'Gila' kerana dalam sehari ada 5 ke 6 kali mereka datang ke cyber cafe. Sambil melihat perkembangan akaun mereka, sambil itu jugalah 'merekrut' ahli baru untuk menyertai dan menjadi 'downline' mereka. Tak kurang juga yang asyik bercakap dengan kuat di telefon sehingga mengganggu pelanggan lain, "Ha! Aku dah transfer kat kau USD 5000, kau tengok la akaun kau, dah dapat belum?". Argh, mungkin inilah gelagat orang kaya baru. Kadang-kadang timbul rasa kasihan pula melihat 'gelagat' mereka.
WWF : World Wide Fund bukan World Wrestling Federation tau
Petang tadi sempat saya meluangkan masa ke Maybank Seri Kembangan untuk mendeposit sedikit wang tunai. Sebelum masuk ke bank, saya sudah dapat melihat gelagat beberapa orang 'aktivis' WWF Malaysia yang bertungkus lumus berkempen di luar bank untuk mencari ahli-ahli baru. Saya tidak pedulikan sangat mereka oleh kerana masa yang agak terbatas. Masuk saja ke bank, saya dapati mesin deposit rosak. Maka terus saya keluar, dan disapa oleh seorang gadis manis yang turut berkempen untuk WWF.
"Bang, tunggu kejap bang. Tak jual barang pun..". Saya cuma senyum dan mengangkat tangan sambil berlalu pergi. Namun yang mengejutkan saya boleh pula gadis itu menghalang laluan saya dan memulakan kempennya. Waktu itu jarak kami saya rasa tidak sampai 30 sentimeter. Saya sudah mula berasa tidak selesa kerana tidak sepatutnya seorang gadis menghalang laluan seorang lelaki walau apapun tujuannya.
Bagi saya kempen yang dibuat untuk memelihara alam sekitar dan kutipan dana oleh mereka sangat baik dan perlukan sokongan semua pihak. Namun kaedah promosi yang keterlaluan sedikit sebanyak menyebabkan orang menyampah dengan mereka. Persoalannya. mengapa hanya ditumpukan di luar kawasan bank? Kenapa tidak diperluaskan di kawasan tumpuan orang ramai yang lain.
Oh ya, apa kaitan tajuk di atas dengan tulisan saya kali ini? Entahlah, sekadar coretan. "Aku Menulis bukan kerana nama. Tapi kerana.... duit"