Abangku Kahwin Lagi..

Gambar di rumah. Tengah bersiap-siap nak bertolak ke rumah pengantin perempuan. Berdiri di kiri adik saya Khadijah, ayah, dan abang yang tak sabar-sabar nak kawin.

Inilah barang hantaran dari pihak lelaki. Mulanya ingat nak ambik gambar atas katil, tapi katil tak kemas lagi la pulak.
Abangku bersama isteri dan mertuanya. Baru lepas akad nikah.

Bergambar dengan mak bapak sendiri pulak. Hujung sekali tu mak saya yang pemalu.


Akhirnya kawin jugak abang saya sorang ni.

Usah Dirayu Pada Yang Tak Sudi..

Prof Dr Sheikh Yusof Al-Qaradhawi dalam bukunya yang diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu bertajuk "Sanggahan Salah Tafsiran Terhadap Islam" menceritakan tentang adanya satu golongan sekarang ini yang membahagi-bahagikan Islam kepada banyak jenis.

Mereka menyatakan Islam itu ada banyak jenis dan namanya sesuai dengan keadaan tempat, masa, dan suasana. Ada yang membahagikan Islam kepada tokoh-tokoh tertentu, mazhab, tempat, dan sebagainya. Di sana ada Islam Sunnah, Islam Syiah, Islam Numairi, Islam Khomeini, Islam Asia, Islam Afrika, Islam Turki, dan yang terbaru di Malaysia....

Hakikatnya, Islam yang kita anuti, kita seru dan dakwahkan, adalah Islam yang tidak ada penambahan dan pengurangan padanya. Nama 'Islam' itu sendiri sudah cukup untuk membuktikan bahawa ianya cukup lengkap dan sempurna. Hasil kegagalan memahami Islam inilah yang menyebabkan wujud keinginan untuk menambah perkataan lain kepada Islam.

Murtad : Tanggungjawab Kita

Dalam kita menangani isu murtad, terdapat satu golongan yang lebih berminat untuk meneliti dan mempertikaikan kesahihan angka jumlah rakyat Malaysia yang murtad itu. Mereka lebih berminat dengan angka daripada implikasi daripada jenayah murtad ini. Ada juga golongan yang mengambil ringan, kerana belum kena pada diri sendiri dan kaum keluarga mereka. Sungguh, ramai yang telah 'dibius' sehingga bahang kesakitan UMMAT itu langsung tidak dirasai, ataupun sekadar 'kebas-kebas' sahaja.

Dalam keadaan umat yang begitu parah dengan pelbagai masalahnya, mampukah kita berasa senang dan terus ketawa?

Prejudis Terhadap Islam

Pernah dahulu waktu hukuman hudud hendak dilaksanakan, pelbagai reaksi negatif yang diterima. Lebih parah lagi, komen-komen ini datangnya dari penganut agama Islam itu sendiri. Antaranya hukuman rejam kepada penzina, potong tangan kepada pencuri, dikatakan kejam dan tidak berperikemanusiaan.

Kononnya zaman sekarang sudah tidak sesuai lagi hukuman tersebut. Aduh, hasil kegagalan mereka memahami Islam, hukum Allah SWT pula yang nak 'disembelih'. Pelbagai tohmahan dilemparkan, bahkan ada pula orang yang mengaku Islam yang sanggup menyaman hukum Allah di mahkamah.

Tapi kini, golongan yang sama mengkritik hukum Allah SWT tersebut juga yang tiba-tiba mencadangkan hukuman yang lebih kejam ke atas pelaku jenayah di Malaysia. Lebih 'kejam' dari sebat, rejam, dan potong tangan. Tapi cadangannya ini bukan sahaja tidak 'disembelih' sebagaimana hukum Allah Taala itu, bahkan tiada pun suara yang mengkritik cadangan tersebut.

Kenapa sampai begitu prejudis sikap kita terhadap Islam. Bila pandangan itu datangnya dari Islam, terus kita memandang serong, kononnya ketinggalan zaman. Tapi bila datangnya dari beberapa 'wakil bahagian', pandangan sebegini diraikan.

p/s: Gambar sekadar hiasan
p/s: Tajuk pun hiasan juga :)