Bila Nak Jual Mahal?

Ok, merujuk kepada tajuk di atas saya menyenaraikan beberapa keadaan yang boleh dipanggil 'jual mahal' :
1) Bila seorang gadis di'lamar' oleh ramai jejaka pada satu masa. Katakanlah 3 atau 4 orang. Jadi dia bebas memilih siapa yang dia nak dan siapa yang dia nak reject.
2) Bila bekalan ikan masin yang ada di pasaran berkurangan dan para peminat ikan masin jadi macam tak boleh hidup tanpa ikan masin. Maka penjual boleh jual ikan masin tu dengan harga yang tinggi tanpa risaukan permintaan.
3) Bila kebanyakan kedai fotostat dan printing tutup pada hari Ahad dan budak-budak yang buat kerja last-last minute berhadapan 'deadline' pada keesokan harinya. Mahu tak mahu mereka terpaksa cari jugak kedai yang bukak walaupun berhadapan dengan harga yang lebih tinggi berbanding hari-hari biasa.

Keadaan di atas memberikan satu persamaan kepada kita macam mana situasi 'jual mahal' boleh wujud. Iaitu bila permintaan melebihi pengeluaran, maka akan wujudlah rasa 'cambest' dan 'cambagus ' je dalam diri mereka.

Lantaklah mereka dengan perasaan mereka itu. Masalahnya rasa 'jual mahal' ni selalunya boleh wujud pada makhluk yang bernama manusia ni dengan Tuhan mereka. Dengan Tuhan pun jual mahal. Sembahyang pun buat sekadar lepas syarat je. Puasa nak taknak. Berjuang di agama Allah? Depa bagi can orang lain mati syahid dulu. (Aku kah itu?)

Ingat aku pada satu persoalan yang ditimbulkan oleh Ustaz Kamal Ashaari dulu yang bunyinya lebih kurang begini.

Kita dengan Islam, siapa yang nak kepada siapa. Kalau kita rasa kita yang nakkan Islam, maka kita akan berusaha bersungguh-sungguh untuk Islam. Sebaliknya kalau kita rasa Islam yang nakkan kita maka macam-macam alasanlah akan kita bagi untuk kerja-kerja Islam.


Sama-sama kita renungkan. Hmmm...